
23 Januari 2012 -
Meriam-meriam tentera rejim Israel melakukan serangan ke atas rumah dan harta benda rakyat Palestin di Timur Bandar Beit Hanoun, Utara Gaza pagi tadi, Isnin 2012/1/23.
Sumber perubatan dan keselamatan bandar Gaza berkata tiada kecederaan dilaporkan sehingga kini dalam serangan terbaru rejim itu ke atas Semenanjung Gaza itu.
Rejim Israel mensasarkan rakyat dan harta benda hampir setiap hari di kawasan bersempadan dengan mereka.