Powered by Blogger.

Receive all updates via Facebook about Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By IqwanLegion

-OPEN-

Friday, May 11, 2012

Nota daripada seorang sahabat di Universiti Medina kepada Bersih 3.0


Bismillah….
Sebelum bersungguh-sungguh ingin menghapuskan korupsi pada pemerintah, rakyat harus menghapuskan korupsi pada diri mereka sendiri. Berapa ramaikah rakyat yang mengabaikan solat namun mengharapkan pemimpin seperti Umar Abdul Aziz? Berapa ramaikah rakyat yang menipu dalam urusan perniagaan namun mengharapkan pemimpin yang jujur dalam harta negara ? Berapa ramaikah rakyat yang sangat kedekut dalam bersedekah namun mengharapkan mereka mendapat harta negara dengan saksama ? Berapa ramaikah rakyat yang melanggar undang-undang keselamatan jalanraya namun mengharapkan mahkamah yang telus? Berapa ramaikah rakyat yang tidak peduli terhadap mesej kenabian lalu mengharapkan pemimpin yang memimpin dengan jalan kenabian ?
Sebelum rakyat bising mereka ditipu oleh Kerajaan, semak dulu adakah rakyat sudah berlaku jujur dalam urusan mereka dengan kerajaan. Masih ada lagikah rakyat yang tipu ketika ‘punch card’ di tempat kerja. Masih ada lagikah rakyat yang tipu ‘office hour’ dengan meng’ular’. Masih ada lagikah rakyat yang ambil M.C tanpa ada apa-apa keuzuran. Masih ada lagikah rakyat yang tipu ‘claimn’ untuk out station. Masih ada lagikah rakyat yang gunakan harta pejabat untuk kegunaan peribadi. Jika rakyat masih tipu kerajaan, maka tidak pelik kerajaan juga akan tipu rakyat.
Telah menjadi Sunnatullah bahawa kaum-kaum yang zalim itu diperintah oleh orang yang zalim.

Friday, May 4, 2012

10 Surah dapat Menghalang daripada 10 ujian Besar Allah.

10 Surah dapat Menghalang daripada 10 ujian Besar Allah.



1- Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.

2- Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.
3- Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.
4- Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.

5- Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.

Thursday, May 3, 2012

Irama Cassanova Makhluk Bergelar LELAKI..

_____________________________________





_____________________________________


   

“Tidak ada lelaki yang bakal tidak disukai perempuan.Semuanya pasti ada kecualilah lelaki itu benar-benar hodoh..,” keluar kata-kata dari Cikgu Tarmidzi.
Pecah deraian gelak ketawa kami sekelas 4 Sains Makkah, mendengar candaan Cikgu Tarmidzi, cikgu Kimia kami pada waktu itu. Sedikit masa senggang antara formula kimia dan cairan berbikar-bikar di makmal ujian, diisi dengan telatah cikgu yang melihat kami mula diserang kebosanan, ada yang tidur dan ada yang memulakan aktiviti ber’gosip’.

Warkah Buat Bakal Peneman Hidupku

Warkah Buat Bakal Peneman Hidupku


Buat kamu bakal peneman hidupku yang saya sendiri masih lagi tidak tahu..
Alhamdulillah.. Allah memberikan kekuatan kepada diri ini untuk menulis warkah ini… Sesungguhnya segalanya datang dari Allah, sedarlah wahai kamu, bahawa Allah sahaja yang memiliki dunia dan seluruh Alam ini. Udara yang kita bernafas ni, Allah tidak minta sesen pun, tubuh badan, kecantikan, harta, dan segalanya hanyalah pinjaman semata-mata daripada Allah untuk menguji kita. Sejauh manakah taqwa kita kepadaNya? sejauh mana kita bersyukur atas nikmatnya ini?
Buat kamu, diri ini tak berharap apapun pada kamu.. Tetapi saya cuma harapkan kamu menjadi seorang yang solehah. Bukanlah bermaksud perfect tetapi saya idamkan seorang wanita yang solehah menjadi peneman hidup, yang bertudung labuh tanda kamu taat pada Tuhan kamu, yang sederhana di mata manusia, atau setidak – tidaknya kamu mempunyai keinginan dan mahu menjadi wanita solehah. Sesungguhnya tiada siapa di dunia ini perfect. Di saat saya sunyi dan kecewa, kamu menjadi peneman suka duka kehidupan saya dan mengingatkan saya tentang kasih sayang Allah, itu sudah cukup membahagiakan bagi saya. Sesungguhnya wanita solehah itu sebaik – baik hiasan di dunia.

Teruskan Berdoa Andai Benar Ingin Memilikinya

Teruskan Berdoa Andai Benar Ingin Memilikinya
Memang tak dinafikan, umur lingkungan 20-an sangat memberi cabaran pada diri ini. Apetah lagi dalam menjaga hati. Melihat pasangan-pasangan di shopping mall kadang-kala mengetuk hati namun lebih nikmat bercinta selepas nikah. Tambahan lagi, lebih berkat dan mendapat rahmat daripada-Nya malahan lebih banyak pahala yang akan diperoleh. Walau diri ini sedar bahawa diri ini masih belum bersedia, namun takkan mampu diri ini menyembunyikan hasrat hati. Takkan mampu menipu diri sendiri.
“Mencintai tak semestinya memiliki”
Itulah kata-kata yang biasa kita dengar. Yang mana ia adalah sebagai peringatan agar kita sentiasa meletakkan pengharapan hanya kepada Allah bukan manusia atau kita hanya akan kecewa apabila meletakkan harapan kepada manusia.

Amanah dalam berkawan

Amanah dalam berkawan


Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani
Ini fiksyen semata-mata . Agak panjang . Jika rajin , bacalah . Jika tidak mampu biar saya seorang baca .
Muda dan silam .

Amanah dalam berkawan

_____________________________________





_____________________________________


Amanah dalam berkawan
syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah SWT atas berkat dan hidayahNya kita semua masih berada dalam keadaan Islam dan teguh nilai Iman kita daripada asakan kafir laknatullah. Dalam keterbatasan waktu dan juga masalah kesihatan yang acapkali melanda tinta kebelakangan ini sempat juga tinta menulis coretan kali ini untuk semua pembaca. Untuk kalam kali ini, tinta ingin bawakan satu tajuk yang berkaitan dengan ukhwah juga iaitu bersahabat. Ramai bukan kawan kita? Tetapi berapa ramai pula sahabat kita? Apakah amanah apabila kita bersahabat? Ayuh kita telusuri sejenak tentang intipati kalam kali ini.

Popular Posts

HAIRULIQWAN

Copyright © 2012 Ketawa Sedih Bergembira Bersama | IqwanLegion | Designed by Hairul Iqwan