Powered by Blogger.

Receive all updates via Facebook about Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By IqwanLegion

-OPEN-

Sunday, December 23, 2012

Cinta Milik Allah




 Rasanya bagi Nur untuk membuat keputusan kali ini. Keputusan yang bakal merubah rutin hidupnya. Dia menarik nafas dalam-dalam sebelum tangannya menekan butang 'send'.

" Salam. Awak, ni mungkin yang terakhir. Jaga diri, jaga hati dan jaga iman. Solat jangan tinggal. Study elok-elok . InsyaAllah one day, you will be a great muslim doctor. Sorry for everything. May hapiness will always be yours".



Nur membaca balik SMS yang dikirim kepada Amin. Agak berdebar menanti reply dari si dia.
Twiit twiit. Tandanya ada SMS diterima. Dari Amin!

Perlahan-lahan 
Nur membaca SMS.

" Terima kasih atas segalanya. Doa, nasihat Nur bagi selama ni. Saya faham situasi. All the best Nur."
Berderai air mata Nur selepas mendapat SMS dari Amin. Sebab dia tahu, selepas ni keadaan mereka bukan seperti dahulu lagi. Tiada lagi SMS antara mereka. Tiada lagi tanya khabar. Tiada lagi tanya pasal pelajaran. Tiada lagi. Nothing!

Hari itu sepanjang hari Nur menangis di bawah selimut. Berjam-jam lamanya. Dari petang sampai lah ke malam. Memang bengkak habis mata disebabkan terlalu banyak menangis. Dah macam mata panda pun ada juga. Nur tak ceritakan kepada teman serumahnya sebab dia tahu mereka tak kan faham keadaan yang dia hadapi. Terasa sangat lemah, Nur menghantar SMS kepada naqibahnya, kak chAh. Nur pernah ceritakan kemelut yang dia hadapi pada naqibahnya sebelum ni. Kak chAh banyak membantu Nur selama Nur menjadi anak usrahnya. Kak chAh juga yang menasihati Nur supaya menghentikan semua ni.

" Salam akak. Saya dah cakap kat dia. Ni kali terakhir kami contact each other. Dia faham. Tapi, kenapa saya tak boleh stop menangis? Am I doing the right thing akak?"

" Nur .Menangis tu perlu untuk suatu pengorbanan.. Menangislah banyak-banyak.. Awak dah berkorban untuk Allah. Yes, you're are doing the right thing. Yes, sebab awak muslimah solehah. Jangan berpaling lagi Nur  Awak mesti cekal. Allah dan Rasul sentiasa ada ".

Memang Nur sedih bila dia harus membuat keputusan seperti ini. Tapi dia mesti. Memang dia sangat sedih tapi dalam masa yang sama dia rasa lega. Sebab dia berusaha meninggalkan satu dosa. Dia tahu apa yang telah dia lakukan itu salah. BerSMS dengan lelaki bukan mahram tanpa urusan yang penting! Dia tidak menjaga ikhtilat seperti yang sepatutnya. Lebih-lebih lagi dia membawa imej wanita bertudung. Dia juga tidak mahu mencemarkan imej akhowat lain yang juga bertudung dengan perbuatannya itu. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

Tapi, yang paling penting. Nur mahu berhenti berSMS dengan Amin sebab dia takutkan Allah. Dia nak berhenti bukan kerana kak chAh yang suruh tapi sebab Allah! Nur mahukan redha Allah. Sebab Nur tahu Allah tak redha dengan apa yang dia sedang buat. Tanpa redha Allah, apalah makna hidup. Memang Allah izinkan Nur berSMS dengan Amin. Tapi Allah izin tak semestinya Allah redha! Lagipun, redha Allah perlu dicari bukan sekadar dinanti. Moga ini menjadi satu cara untuk Nur peroleh redha Allah.
Nur juga takut seandainya hidayah Allah tidak lagi hadir dalam hidupnya. Dan dia terus tenggelam dalam dosa yang dia buat. Sebab dia tahu, dalam Islam tiada couple sebelum berkahwin. Setiap kali berSMS dengan Amin, pasti perasaannya menjadi tidak keruan. Dia rasa bersalah dengan Allah. Lebih-lebih lagi bila dia mengingatkan firman Allah:

" Dan janganlah kamu mendekati zina, (zina) itu sungguh suatu perbuatan keji dan suatu jalan yang buruk".
(Al-Isra': 32)

Memang mereka tidak bercouple. Tapi teliti ayat ini dengan jelas, iaitu Allah menggunakan kalimah 'walaa taqrobuu' (jangan hampiri) dan bukannya kalimah 'walaa ta'maluu' (jangan melakukan). Ini menunjukkan, walaupun kita hanya mendekati zina, ia sudah pun HARAM!

Daripada Abu Hurairah r.a., dari Nabi S.A.W. sabdanya:

"Nasib anak Adam mengenai zina telah ditetapkan. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Dua mata, zinanya memandang. Dua telinga, zinanya mendengar. Lidah, zinanya berkata. Tangan, zinanya memukul. Kaki, zinanya melangkah. Hati, zinanya ingin dan rindu, sedangkan faraj (kemaluan) hanya mengikuti atau tidak mengikuti."

Memang matanya, telinganya tidak berzina sebab jarak jauh yang memisahkan mereka. Lagipun tiada calling-calling. Cuma sekadar SMS. Tapi hatinya sentiasa berzina. Nur sentiasa teringatkan Amin.Tidak pernah sehari pun hari Zara berlalu tanpa teringatkan Amin.

Sebab itu Nur nekad kali ni. Biarlah dia menderita sekejap. Err.. mungkin lama juga. Tapi demi redha Allah, dia akan istiqamah. Memang mujahadah itu pahit kerna syurga itu manis. Syurga tu mahal sangat. Dan perjalanan menuju ke sana memang tidak mudah.

" Moga setiap air mata yang gugur disebabkan kesakitan ini demi menggapai redhaMu menjadi saksiku di akhirat sana."

" Bye Amin. Memang saya nak sangat awak yang jadi imam saya suatu hari nanti. Saya nak awak yang jadi bapa kepada anak-anak saya nanti. Semoga Allah izinkan. But for now, saya serahkan awak kepada Allah. Andainya memang ada jodoh antara kita, InsyaAllah kita akan dipertemukan kembali dan akan disatukan. Moga kita dipertemukan dalam keadaan yang diredhai.Tapi, andainya bukan awak yang tercipta untuk saya. Saya redha. Sungguh, Allah is the best planner kan?".

" Amin, semoga dirimu di sana juga terus istiqamah."





No comments:

Post a Comment

Popular Posts

HAIRULIQWAN

Copyright © 2012 Ketawa Sedih Bergembira Bersama | IqwanLegion | Designed by Hairul Iqwan