"Hindarilah zina sebab ia menimbulkan enam kesan buruk, tiga di dunia dan tiga di akhirat. Yang di dunia, zina akan menghilangkan kegembiraan, menyebabkan fakir & mengurangi
umur sedangkan keburukan di akhirat nanti, zina menyebabkan pelakunya diazab, dihisab secara ketat dan kekal di neraka."
(Hadis riwayat Baihaqi)
Ikuti diskusi seorang remaja matrikulasi dengan seorang pensyarah dalam mengupas persoalan yang amat releven dengan situasi kita sebagai remaja yang hakikatnya masih mentah, jahil dan perlu dibimbing dalam menghadapi jaringan perangkap dan tipu daya syaitan laknatullah. Semoga risalah
ini bermanfaat kepada kita semua.
ini bermanfaat kepada kita semua.
Kami tidak berzina!
Maaf, saya
tidak menuduh awak berzina tetapi awak menghampiri zina.
Kami hanya berbual-bual, berbincang,
bertanya khabar, minum-minum. Adakah itu menghampiri zina?
Ya, perbuatan
ini menjerumus pelakunya ke lembah perzinaan.
Kami dapat mengawal
perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu.
Hari
ini, ya. Besok mungkin kamu kecundang. Kamu dalam bahaya. Jangan bermain dengan
bahaya. Iblis dan syaitan akan memerangkap kamu. Sudah banyak tipu daya iblis
yang mengena sasaran. Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya amat halus. Ia
telah menipu nenek moyang kita yang pertama, Adam dan Hawa. Jangan pula lupa.
Siapalah kita berbanding Adam dan Hawa? Ia ada lebih 1001 cara.
Ingat
pesanan Rasullullah : Janganlah engkau bersendirian dangan seorang wanita
kecuali ketiganya adalah syaitan(Tabrani). Syaitan akan menghembus perasaan
berahi, Kita lemah untuk menghadapi tipu daya iblis
Tidak semestinya semua orang bercinta menjurus kepada
penzinaan. Ada orang bercinta dalam telefon dan hantar SMS sahaja. Tak pernah
bersua muka pun!
Betul.
Itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada
awalnya tidak bersua muka, tapi perasaan pasti bergelora. Lambat laun desakan
nafsu dan perasaan serta hasutan iblis akan mengheret kepada suatu pertemuan.
Pertemuan pertama tidak akan terhenti disitu sahaja. Percayalah, ia akan
berlanjutan dan berterusan. Tidakkah itu boleh membawa kepada penzinaan
akhirnya?
Takkan nak
berbual-bual pun tak boleh? Itupun zina juga ke?
Zina
ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya, ada zina betul, ada zina tangan (
berpegang-pegangan), ada zina mata (melihat kekasihnya dengan perasaan berahi).
Melihat auratnya juga zina mata. Zina hati iaitu khayalan berahi dengan kekasih
sepertimana yang dinyatakan oleh Rasulullah:
Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah
menyentuh. Kedua kakinya juga berzina dan zinanya adalah berjalan (menuju ke
tempat pertemuan). Mulut juga berzina dan zinanya ialah ciuman
(Muslim dan Abu Daud)
Sebenarnya
jalan dan lorong menuju kepada perzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita
berada atau melalui mana-mana jalan atau lorong yang boleh membawa kepada
penzinaan.
Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke?
Bincang pelajaran sahaja!
Berdiskusi
pelajaran, betul ke? Jangan tipu. Allah tahu apa yang terselit dalam hati
hamba-hambanya. Kita belajar nak keberkatan. Kalau cemerlang sekalipun, kalau
tak diberkati Allah, kejayaan tidak akan membawa kebahagiaan. Hidup tidak
bahagia, akhirat lebihlah lagi. Jangan berselindung di sebalik pelajaran yang
mulia. Allah suka kepada orang yang berilmu. Jadi belajar hendaklah ikut batas
dan ketentuan Allah. Belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi macam ini akan
ditulis ibadat oleh malaikat Raqib dan Atiq?
Sungguh! Bincang pelajaran sahaja. Ni study group.
Study
group? Nampak macam lain macam saja. Manja, senyum memanjang, tak macam gaya
berdiskusi. Takkan study group berdua sahaja? Ke mana-mana pun berdua. Kalau ye
pun, carilah study group ramai-ramai sedikit. Kalau duduk berdua-dua macam ini.
Betul ke bincang pelajaran? Jangan-jangan sekejap saja bincang pelajaran, yang
lain tu banyak masa dihabiskan dengan fantasi cinta!
Tidaklah.
Sungguh berbincang pelajaran.
Baik
sungguh awak berdua. Takkan awak berdua tak perasan apa-apa? Awak kurang sihat
ke? Ingat, kita bukan malaikat, tak ada nafsu. Kita manusia. Jangan nafikan
fitrah manusia. Kita ada nafsu, ada keinginan. Itulah manusia.
Kami sama-sama
belajar, study group, saling memberi semangat dan motivasi.
Tak
adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar? Habis sudahkah kaum
sejenis yang boleh memberikan motivasi? Jangan hina kaum sejenis. Ingat, banyak
orang cemerlang yang belajar hanya dengan kaum sejenis. Lebih tenang perasaan, tidak
terganggu, dapat berkat dan rahmat pula.
Takkanlah tak ada langsung ruang yang dibenarkan dalam
Islam untuk bercinta? Adakah Islam membunuh terus naluri cinta?
Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan kejadian
manusia. Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging)
adalah fitrah. Kalau naluri tidak wujud pada diri seseorang, tak normal
namanya. Islam bukan datang untuk membunuh naluri dan keinginan itu. Tidak! Islam
tidak suruh membunuh naluri seperti yang dilakukan oleh para paderi atau sami.
Jangan nafikan naluri ini. Jangan berbohong pada diri sendiri. Bukan salah dan
berdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang. Itu adalah fitrah. Cuma
tundukkan naluri itu untuk patuh pada perintah Allah. Jadilah manusia yang
sihat pada nalurinya. Jangan jadi malaikat! Kerana Allah ciptakan kita sebagai
manusia. Dunia dan segala isinya akan hambar tanpa naluri nafsu.
Tentu ada cinta secara Islam.
Cinta
secara Islam hanya satu iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab qabul;
cinta lepas kahwin. Itulah cinta sakral dan qudus. Cinta yang bermaruah. Bukan
cinta murahan. Inilah kemuliaan agama kita, Islam. Apabila Islam melarang
sesuatu perkara, tentulah ia digantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Kalau
ia melarang cinta antara lelaki dan wanita sebelum kahwin, ia membawa kepada
sesuatu sebagai ganti yang lebih baik iaitu perkahwinan.
Sabda
Rasulullah saw :
Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling
mencintai kecuali nikah
(Ibni
Majah)
Cinta
adalah maruah manusia. Ia terlalu mulia.
Allah
taala berfirman :
“Dan tidak ada dosa kamu meminang wanita-wanita itu
dengan sindiran atau kamu menyembunyikan (keinginan mengahwini mereka) dalam
hatimu. Allah mengetahui bahawa kamu akan menyebut-nyebut mereka, dalam pada
itu janganlah kamu mengadakan janji kawin dengan mereka secara rahsia, kecuali
sekadar mengucapkan (kepada mereka) perkataan yang maaruf..”
(Al-Baqarah : 235)
Kalau begitu, cinta semua menghampiri
kepada penzinaan?
Ya,
kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan turut terusik. Kemudian
perasaan dilayan. Kemudian teringat, rindu. Kemudian aturkan pertemuan.
Kemudian duduk berdua-dua. Kemudian mencari tempat sunyi sedikit. Kemudian
berbual panjang sehingga malam gelap. Hubungan makin akrab, dah berani pegang
tangan, duduk makin dekat. Kalau tadi macam kawan, sekarang macam pengantin
baru. Bukankah mereka semakin hampir dan dekat dengan penzinaan? Penghujung
jalan cinta adalah penzinaan dan kesengsaraan. Berapa ramai orang yang bercinta
telah sampai kepada daerah penzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibu
bapa yang melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda daripada seekor
nyamuk sekalipun!
Masih ramai orang yang bercinta tetapi
tetap selamat, tidak sampai berzina. Kami tahan diuji.
Allah
menciptakan manusia. Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia. Manusia tidak
tahan ujian. Oleh itu Allah memerintahkan supaya diri menjauhi perkara yang
ditegah. Takut manusia kecundang.
Jadi manusia itu tak tahan diuji?
Kita
manusia dari keturunan Adam dan Hawa, sejak awal penciptaan manusia, Allah
telah mengingatkan manusia bahawa mereka tidak tahan dengan ujian walaupun
kecil. Allah takdirkan satu peristiwa untuk iktibar manusia. Allah tegah Adam
dan Hawa supaya jangan makan buah Khuldi dalam syurga. Allah tahu kelemahan
pada ciptaan manusia. Tak tahan diuji. Oleh itu Allah berpesan pada Adam dan
Hawa, jangan hampiri pokok Khuldi.
Firman
Allah Taala:
“Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam
syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya, apa sahaja yang kamu
berdua sukai dan jangan hampiri pokok ini, (Jika kamu menghampirinya) maka akan
menjadilah kamu dari orang-orang yang zalim.”
(Al-A’araf
: 19)
Tegahan
yang sebenarnya adalah memakan buah Khuldi. Tetapi Allah tahu sifat dan
kelemahan Adam dan Hawa. Jika menghampiri perkara yang ditegah, takut nanti
mereka akan memakannya kerana mereka tidak dapat mengawal diri. Demikianlah
dengan zina. Ditegah zina. Maka jalan ke arah penzinaan juga dilarang. Takut
apabila berhadapan dengan godaan penzinaan, kedua-duanya kecundang. Cukuplah
kita belajar daripada pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa.
Tetapi cinta lepas kahwin banyak masalah. Kita tak kenal
pasangan kita secara dekat. Bercinta adalah untuk mengenali hati budi pasangan
sebelum membuat keputusan sebelum berkahwin.
Boleh
percaya dengan perwatakan masa sedang bercinta? Bercinta penuh dengan lakonan
yang dibuat-buat dan kepura-puraan. Masing-masing akan berlakon dengan watak
yang terbaik. Penyayang, penyabar, pemurah dan pelbagai lagi. Masa bercinta
adalah alam lakonan semata-mata. Masa bercinta, merajuk ada yang akan pujuk.
Jangan haraplah lepas kahwin bila merajuk ada yang memujuk. Banyak orang yang
kecewa dan tertipu dengan keperibadian pasangan semasa bercinta. Perangai jauh
berbeza. Macam langit dan bumi. Masa bercinta, dia seorang yang amat penyayang,
penyabar, sabar tunggu pasangan terlambat berjam-jam. Tapi bila dah kahwin, lewat
5 minit dah kena tengking. Jadi, perwatakan masa bercinta tidak boleh
dipercayai. Percintaan adalah suatu kepuraan yang hipokrit.
Percayalah kami bercinta demi merancang
kebahagian hidup nanti.
Bagaimana
diharap kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah? Kebahagiaan adalah
anugerah Allah kepada hamba-hambanya yang terpilih. Kebahagiaan bukan ciptaan
manusia. Manusia hanya merancang kebahagiaan. Allah yang akan
menganugerahkannya. Bagaimana mendapat anugerah kebahagiaan itu jika jalan
mencapainya tidak diredhai Allah. Kebahagiaan hidup berumah tangga mestilah
melalui proses yang betul. Sudah tentu prosesnya bukan cinta sebegini. Allah
tidak meredhai percintaan ini. Cinta yang diredhai, cinta selepas kahwin.
Bagaimana untuk mendapat keluarga yang bahagia jika langkah memulakannya
pun sudah canggung. Bagaimana kesudahannya?
Tanya sikit. Adik angkat, kakak
angkat, abang angkat boleh ke? Ganti bercinta.
Semua
itu adalah perangkap syaitan. Hakikatnya sama. Cinta yang diberi nafas baru.
Kulitnya nampak berlainan, tapi isinya sama. Adik, abang, kakak angkat adalah
suatu bentuk tipu daya iblis dan syaitan. Manusia yang terlibat dalam budaya
“angkat” ini sebenarnya telah masuk ke dalam perangkap syaitan. Cuma menunggu
masa untuk dikorbankan.
Jadi seolah-olah orang yang bercinta
telah hilang maruah diri?
Mengukur
maruah diri bukan ditentukan oleh manusia tetapi oleh pencipta manusia. Sebab
ukuran manusia sering berbeza-beza. Orang yang sedang mabuk bercinta mengatakan
orang yang bercinta tidak menjejaskan apa-apa maruah dirinya. Manakala bagi
orang yang menjaga diri, tidak mahu terlibat dengan cinta sebelum kahwin akan
mengatakan orang yang bercinta sudah tidak bermaruah. Cintanya ditumpahkan
kepada orang yang belum layak menerima cinta suci. Kalau begitu ukuran maruah
atau tidak, ditentukan oleh Allah.
Adakah orang yang bercinta hilang maruah?
Antara
kemuliaan manusia ialah maruah dirinya. Orang yang bercinta seolah-olah cuba
menggadaikan maruahnya kerana mereka sedang menghampiri penzinaan. Manakala
orang yang bercinta dan pernah berzina tidak layak berkahwin kecuali dengan
orang yang pernah berzina juga. Mereka tidak layak untuk berkahwin dengan orang
yang beriman.
Allah
Talla berfirman:
“Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin
melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan
yang berzina itu pula (lazimnya) tidak ingin berkahwin dengannya melainkan oleh
lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian
terlarang kepada orang-orang yang beriman.”
(An-Nur
: 3)
Jadi
orang yang pernah bercinta juga tidak sesuai untuk berkahwin dengan orang yang
tidak pernah bercinta. Tidakkah itu suatu penghinaan dari Tuhan?
Jadi orang yang bercinta hanya
layak berkahwin dengan orang yang pernah bercinta juga?
Itulah
pasangan yang layak untuk dirinya kerana wanita yang baik adalah untuk lelaki
yang baik. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik.
Allah
Taala berfirman :
“Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji
dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan
wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang
baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula) ..”
(An-Nur
: 26)
Kami telah berjanji untuk sehidup semati.
Apa
yang ada pada janji cinta? Berapa banyak sudah janji cinta yang musnah? Lelaki,
jangan diharap pada janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang keemasan
sahaja. Habis madu, sepah dibuang. Pepatah itu diungkap kerana ia sering
berulang sehingga menjadi pepatah.
Masihkan ada orang yang tidak bercinta pada zaman ini?
Ya, masih
ada orang yang suci dalam debu. Golongan ini sentiasa ada walaupun jumlah
mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti. Mereka ada pasangannya.
Firman
Allah:
“Dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya
serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya (yang memelihara
dirinya daripada melakukan zina). Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya
keampunan dan pahala yang besar.”
(Al-Ahzab:
35)
Bagaimana kami?
Kamu
masih ada peluang. Bertaubatlah dengan taubat nasuha. Berdoalah serta mohon
keampunan dari-Nya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redha-Nya.
Kami ingin mendapat redha Tuhan. Tunjukkan bagaimana
taubat nasuha.
Taubat
yang murni. Taubat yang sebenar-benarnya.
Taubat
yang memenuhi 3 syarat:
1.
Tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan hubungan cinta
yang tidak diredhai Allah ini.
2.
Menyesal. Menginsafi diri atas tindak tanduk hidup yang
menjurus diri dalam percintaan.
3.
Berazam. Bertekad di dalam hati tidak akan bercinta lagi
dengan sesiapa kecuali dengan seseorang yang bernama isteri atau suami. Saatnya
adalah setelah ijab Kabul.
Ya Allah. Hambamu telah tersesat jalan. Ampunilah
dosa-dosa hambamu ini. Sesungguhnya engkau Maha Pengampun dan Maha
Penerima Taubat. Berilah kekuatan kepadaku untuk menghadapi godaan keremajaan
ini. Anugerahkan kepadaku perasaaan benci kepada maksiat. Hiasilah diriku
dengan akhlak yang mulia. Ibu dan ayah, anakmu berdosa. Engkau jagaku sedari
kecil dengan kasih saying. Mengapa kucurahkan kasihku kepada orang lain. Oh
Tuhan, hambamu yang berdosa…
Amin, Ya Rabb. Moga Allah terima taubatmu.
Kita berpisah kerana Allah. Kalau ada jodoh tidak ke mana.
Ya
Allah, bantulah mereka. Kini mereka datang kepintu-Mu mencari redha-Mu.
Terimalah taubat mereka.
Sahabatku,
Lupakanlah
segala kegundahan dan keresahan.
Teguhkan
diri pada Cinta Hakiki Ilahi nescaya cinta si dia yang soleh dan solehah turut
kau miliki. Allah loves you more than anyone else. Alhamdulillah ..
Senyumlah
pada sinar yang menantimu di hadapan.
Sesungguhnya,
Allah takkan pernah menzalimi hamba-hamba-Nya dan memungkiri janji-Nya.
Never
lose hope & trust to Allah. Keep on praying, my beloved sohabah:)
Allah Taala berfirman :
“Hai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan
(kepada Allah) dengan sabar dan solat, sesungguhnya Allah beserta orang-orang
yang sabar.”
(Al-Baqarah : 153)
Di
sini jelas, bahawa pemberian nafsu oleh Allah s.w.t kepada manusia adalah tanda
kemuliaan manusia melebihi penciptaan lain tetapi jika manusia tidak dapat
menguruskannya sebagaimana yang digariskan Allah, maka martabat kemanusiaan
akan jatuh setaraf dengan haiwan bahkan lebih teruk dari haiwan.
Wallahu’alam.
No comments:
Post a Comment