Dalam rawan kaulayan tangisan,
Dalam sepi kaubungkam sendirian,
Duhai sahabat,
Perasaanmu kumengerti,
Dirimu tidak pernah keseorangan,
Dia sentiasa menemani,
Tanpa pernah dikau sedari.
Biar hempedu
mencari kalbu,
Biar dugaan
datang beribu,
Pasakkanlah
dalam dadamu,
Kau akan
menjadi segagah Sumayyah,
Dalam
menempuh ranjau berduri.
Ingatlah,
Dia itu Maha Adil,
Ujian-Nya
lambang sayang-Nya padamu,
Juga rahmat
penghapus dosa,
Diuji
dirimu sedemikian rupa,
Kerana
Dia lebih mengetahui,
Yang kaumampu
menghadapinya.
Mungkin
di sebalik peritnya ranjau ujian-Nya,
Tersedia
bertimpal-timpal ganjaran di syurga,
Berkat
sabar kaumenghadapinya.
Duhai
sahabat ukhti fillah,
Bangkitlah
dari jatuhmu,
Melangkahlah
dengan semangat baru,
Jangan
lagi kaulayani tangisan itu,
Kerana
yang lebih bermakna adalah redha-Nya,
Percayalah,
dikau tidak pernah melangkah sendirian,
Doa kami
sentiasa di sisimu,
Berjanjilah
wahai teman,
Berjanjilah..
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”
-Surah al-Baqarah ayat 216-
Kadang, Allah bukan tak beri tetapi lambat. Dan kalaupun Allah tak beri, percayalah Dia akan gantikan dengan yang lebih baik untuk kita.
sebab,
Allah tak beri apa yang kita mahu, tetapi apa yang kita perlu.
Always have faith in Him. Insya Allah everything will turn out just fine. :)
"Allah itu lebih dekat dari urat leher kita dan perhatian-Nya tidak pernah terputus walaupun sesaat. Sesungguhnya, Dia tidak pernah mencabut sesuatu daripada kita kecuali menggantikan dengan yang lebih baik namun itu terjadi apabila kita redha dengan segala ketentuan yang telah ditakdirkan. "
No comments:
Post a Comment