Powered by Blogger.

Receive all updates via Facebook about Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By IqwanLegion

-OPEN-

Friday, May 11, 2012

Kisah Ibu


IBU adalah wanita yang dimuliakan oleh Allah sebagaimana yang tercatat dalam kitab suci al-Quran. Berdasarkan sebuah hadis, umat manusia percaya, syurga itu di bawah telapak kaki ibu. Amat besar dosa derhaka terhadap ibu. Bahkan dikatakan darjat ibu tiga kali ganda jika dibandingkan dengan ayah dalam hal penghormatan anak kepada kedua orang tuanya.




Seorang lelaki datang kepada Rasulullah s.a.w dan berkata: “Wahai Rasulullah, saya ingin berjihad (berjuang) menegakkan agama Allah.” Rasulullah bertanya: “Apakah ibumu masih hidup?” Orang itu menjawab: “Ya”. Rasulullah s.a.w  bersabda. “Tetaplah engkau berada dekat di kaki ibumu itu, di sanalah syurga berada.” (Riwayat at-Thabrani)

Pengorbanan ibu tidak dapat diukur dan dibandingkan. Ia adalah melebihi daripada segala pengorbanan. Ada satu kisah dan ikhtibar yang boleh dipetik dari sebuah hadis yang bermaksud: “Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Seorang yang bernama Juraij (seorang abid dari kalangan bani Israel) sedang mengerjakan ibadat disebuah tempat beribadat. Lalu ibunya datang memanggilnya. Humaid berkata: “Abu Rafi’ pernah menerangkan kepadaku mengenai bagaimana Abu Hurairah meniru gaya seorang ibu Juraij ketika memanggil anaknya, sebagaimana beliau mendapatkannya dari Rasulullah s.a.w iaitu meletakkan tangannya di bahagian kepala antara dahi dan telinga serta mengangkat kepalanya: “Hai Juraij! Aku ibumu, jawablah panggilanku.” Ketika itu perempuan tersebut mendapati anaknya sedang mengerjakan solat. Dengan keraguan Juraij berkata kepada diri sendiri. “Ya Tuhan, ibuku atau solatku.” Tetapi Juraij telah memilih untuk meneruskan solatnya. Tidak berapa lama kemudian, perempuan tersebut pergi untuk kedua kalinya. Dia memanggil: “Hai Juraij! Aku ibumu, jawablah panggilanku.” Juraij bertanya lagi kepada diri sendiri: “Ya Tuhan, ibuku atau solatku.” Tetapi, dia masih lagi memilih untuk meneruskan solatnya. Oleh kerana terlalu kecewa akhirnya peermpuan itu berkata: “Ya Tuhan, sesungguhnya Juraij adalah anakku. Aku sudah memanggilnya berulang kali, namun ternyata dia enggan menjawabku. Ya Tuhan, janganlah Engkau matikan dia sebelum mendapat fitnah yang disebabkan oleh perempuan pelacur.”

Pada suatu hari, seorang pengembala kambing sedang berteduh di tempat ibadat Juraij yang letaknya jauh terpencil dari orang ramai. Tiba-tiba datang seorang perempuan dari sebuah dusun yang juga sedang berteduh di tempat itu. Kemudian keduanya melakukan perbuatan zina sehingga melahirkan seorang anak. Ketika ditanya oleh orang ramai: “Anak siapakah ini?” Perempuan itu menjawab: “Anak dari penghuni tempat peribadatan ini.” Lalu orang ramai berduyun-duyun datang kepada Juraij. Mereka membawa besi tajam seraya berteriak memanggil Juraij yang sedang solat. Maka sudah tentu Juraij tidak melayani panggilan mereka, akhirnya mereka merobohkan bangunan tempat ibadat itu. Tatkala melihat keadaan itu, Juraij keluar menemui mereka. Mereka berkata kepada Juraij, “Tanyalah anak ini!” Juraij tersenyum, kemudian mengusap kepala anak tersebut dan bertanya “Siapakah bapamu?” Anak itu tiba-tiba menjawab, “Bapaku adalah seorang pengembala kambing.” Setelah mendengar jawapan jujur dari anak tersebut, mereka kelihatan menyesal, lalu berkata: “Kami akan mendirikan tempat peribadatan yang kami robohkan ini dengan emas dan perak,” Juraij berkata. “Tidak perlu, biarkan ia menjadi debu seperti asalnya.” Kemudian Juraij meninggalkannya.” (Riwayat al-Bukhari)

Kisah singkat dalam hadis ini menunjukkan betapa ampuhnya doa seorang ibu yang dekat dengan Allah. Allah lebih mendahulukan kepentingan ibu daripada hak-Nya untuk disembah.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

HAIRULIQWAN

Copyright © 2012 Ketawa Sedih Bergembira Bersama | IqwanLegion | Designed by Hairul Iqwan