Powered by Blogger.

Receive all updates via Facebook about Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By IqwanLegion

-OPEN-

Thursday, May 3, 2012

Amanah dalam berkawan

_____________________________________





_____________________________________


Amanah dalam berkawan
syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah SWT atas berkat dan hidayahNya kita semua masih berada dalam keadaan Islam dan teguh nilai Iman kita daripada asakan kafir laknatullah. Dalam keterbatasan waktu dan juga masalah kesihatan yang acapkali melanda tinta kebelakangan ini sempat juga tinta menulis coretan kali ini untuk semua pembaca. Untuk kalam kali ini, tinta ingin bawakan satu tajuk yang berkaitan dengan ukhwah juga iaitu bersahabat. Ramai bukan kawan kita? Tetapi berapa ramai pula sahabat kita? Apakah amanah apabila kita bersahabat? Ayuh kita telusuri sejenak tentang intipati kalam kali ini.


Amanah sememangnya sering dikaitkan dengan kepercayaan dan ianya juga amat berkait rapat dengan iman seseorang Muslim itu yang mana dikatakan bahawa dengan tiadanya amanah maka tiadalah iman.
Apabila kita bicara tentang amanah, skopnya amat luas tetapi pada kali ini tinta ingin memfokuskan kepada amanah dalam bersahabat. Sebelum datangnya ‘jiwa’ untuk bersahabat, Islam telah menggariskan beberapa sifat untuk memilih sahabat. Ayuh kita renungi bersama sebuah hadis ini.
Daripada Abdullah Ibn Mas’ud r.a, Nabi SAW bersabda yang bermaksud, “Seseorang itu adalah bersama dengan orang yang dikasihi.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim). Sesiapa yang mengasihi sahabatnya maka kasih sayangnya itu akan mendorongnya melakukan amalan yang sama dengan sahabatnya.
Untuk anda semua lebih memahami tentang kriteria seorang sahabat itu. Ayuh kita lihat pula kata-kata ini, Abu Sulaiman Darami rahimahullah berkata, “Jangan sekali-kali kamu bersahabat melainkan orang yang mempunyai dua sifat ini iaitu pertama, dia dapat diajak untuk bersahabat dalam urusan duniamu dengan jujur dan kedua, dia dapat menambah kemanfaatan dirimu untuk urusan akhiratmu.” Jika kamu suka bersahabat dengan orang yang selain daripada itu, maka pastilah kamu seorang yang lemah akal fikirannya.
Tuntasnya, sebagai seorang mukmin yang memegang amanah Islam dalam kehidupan ini, ayuhlah kita bawa bersama sahabat kita ke arah kebaikan dan sentiasa mengikut panduan yang ditetapkan syariat, usah berlebih juga usah berkurang.
Sebelum tinta mengakhiri kalam kali ini, jom kita renungkan sebuah hadis ini:
Daripada Abu Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Janganlah saling dengki-mendengki, saling menipu, saling membenci, saling membelakangi dan janganlah sebahagian kamu membeli barang yang telah dibeli oleh orang lain. Jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang Muslim adalah bersaudara bagi Muslim yang lain. Dia tidak patut menzalimi, membohongi, dan merendahkannya. Takwa itu di sini (Baginda SAW menunjuk dadanya tiga kali). Cukuplah seseorang itu dikatakan buruk jika sanggup menghina saudaranya sesama Muslim. (Sesungguhnya) setiap Muslim ke atas Muslim yang lain adalah diharamkan darahnya, hartanya dan kehormatannya.” (Hadis Riwayat Muslim no.2563 dan Ahmad no.7713)
Akhirul kalam, tinta mengharapkan agar tinta akan peroleh seorang sahabat yang terbaik seperti dalam hadis di atas dan tinta mendoakan agar anda semua juga akan memperoleh seorang sahabat yang terbaik disisi anda semua.
Sahabat itu ibarat air sungai  yang sentiasa mengalir,
Tanpa henti memberikan manfaat kepada manusia,
Tanpa henti menongkah batu-bata yang menghalanginya,
Tanpa henti memecahkan damainya kesunyian alam.
(Muhammad Samsul Bahari)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

HAIRULIQWAN

Copyright © 2012 Ketawa Sedih Bergembira Bersama | IqwanLegion | Designed by Hairul Iqwan