Powered by Blogger.

Receive all updates via Facebook about Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By IqwanLegion

-OPEN-

Tuesday, October 2, 2012

Bersangka Buruk

BERSANGKA BURUK (FITNAH ATAU MENGUMPAT)

Beringatlah wahai manusia hendaklah kamu berpegang teguh pada perintah Allah janganlah kamu menurut kemahuan orang-orang yang mendustakan agama Allah.

Allah berfirman dalam surah Al-Qalam ayat 8 hingga 16:


Yang bermaksud: Oleh itu (berpegang teguhlah pada ajaran Islam yang sedang engkau amalkan, dan) janganlah engkau menurut kemahuan orang-orang yang mendustakan (agamaAllah). Mereka suka kalaulah engkau bertolak ansur (menurut kemahuan mereka), supaya mereka juga bertolak ansur berlemah-lembut (pada zahirnya terhadapmu). Dan janganlah engkau (berkisar dari pendirianmu yang benar, dan jangan) menurut kemahuan orang yang selalu bersumpah, lagi yang hina (pendapatnya dan amalannya), Yang suka mencaci, lagi yang suka menyebarkan fitnah hasutan (untuk memecah belahkan orang ramai), Yang sering menghalangi amalan-amalan kebajikan, yang melanggar hukum-hukum ugama, lagi yang amat berdosa, Yang jahat kejam, yang selain itu tidak tentu pula bapanya. Adakah kerana ia seorang hartawan dan ramai anak-pinaknya (maka ia mendustakan agamaKami)? Apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat keterangan Kami, ia berkata: " (Ini ialah) cerita-cerita dongeng orang-orang dahulu kala". (Orang yang bersifat demikian, akan didedahkan kehinaannya) - Kami akan adakan tanda di atas hidungnya (yang berupa belalai itu).

Hadis Rasulullah s.a.w. Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah mendoakan kecelakaan kepada orang-orang yang telah membunuh para Sahabat di Telaga Ma'unah selama tiga puluh pagi. Baginda juga mendoakan supaya ditimpa kecelakaan kepada Bani Ri'lin, Bani Zakwan, Bani Lihyan dan Bani Usaiyah serta orang yang mendustai Allah dan RasulNya

Hadis Rasulullah s.a.w. Hadis Ibnu Umar r.a: Diriwayatkan daripada Safuan bin Muhriz r.a katanya: Seorang lelaki bertanya Ibnu Umar: Apakah sabda Rasulullah s.a.w semasa kamu berdua-duaan dengannya? Ibnu Umar menjawab: Aku mendengar baginda bersabda: Pada Hari Kiamat Allah s.w.t menaungi orang mukmin berhampiran denganNya. Allah meminta pengakuan terhadap dosa yang dilakukan dengan berfirman: Adakah kamu tahu? Orang mukmin menjawab: Aku tahu, wahai tuhan. Allah s.w.t berfirman: Aku telah menyembunyikannya untukmu di dunia dan sekarang Aku mengampunkannya untukmu. Lalu diberikan catatan kebaikannya. Sedangkan orang-orang kafir dan orang-orang munafik dipanggil mengikut nama masing-masing. Mereka itulah orang-orang yang mendustakan Allah

Allah berfirman dalam surah Al-Hujuraat ayat 12:

Yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.

Hadis . Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a katanya: Ketika Rasulullah s.a.w melalui dua buah kubur, baginda bersabda: Ingatlah, sesungguhnya dua mayat ini sedang disiksa, tetapi bukan kerana melakukan dosa besar. Seorangnya disiksa kerana dulunya dia suka membuat fitnah dan seorang lagi disiksa kerana tidak membersihkan dirinya dari air kencingnya. Kemudian baginda meminta pelepah kurma lalu dibelahnya menjadi dua. Setelah itu beliau menanam salah satunya pada kubur yang pertama dan yang satu lagi pada kubur yang kedua sambil bersabda: Semoga pelepah ini boleh meringankan siksanya, selagi ianya belum kering

Allah berfirman dalam surah Al-Jaathiyah ayat 23:
Yang bermaksud: Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipatuhinya, dan ia pula disesatkan oleh Allah kerana diketahuiNya (bahawa ia tetap kufur ingkar), dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan dia berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa kamu (wahai orang-orang yang ingkar) tidak ingat dan insaf?

Allah berfirman dalam surah Muhammad (s.a.w.) ayat 14:

Yang bermaksud: Dengan yang demikian, adakah orang orang (yang beriman dan taat) yang keadaannya sentiasa berdasarkan bukti yang nyata dari Tuhannya: sama seperti orang-orang (yang ingkar - derhaka) yang telah diperhiaskan kepadanya (oleh Syaitan) akan kejahatan amalnya (sehingga dipandangnya baik), dan yang telah menurut hawa nafsunya? (Sudah tentu tidak sama)!

Allah berfirman dalam surah Al-Anfaal ayat 22:

Yang bermaksud: Sesungguhnya sejahat-jahat makhluk yang melata, pada sisi (hukum dan ketetapan) Allah, ialah orang-orang yang pekak lagi bisu, yang tidak mahu memahami sesuatupun (dengan akal fikirannya).

Allah berfirman dalam surah Al-Qalam ayat 16:

Yang bermaksud: (Orang yang bersifat demikian, akan didedahkan kehinaannya) - Kami akan adakan tanda di atas hidungnya (yang berupa belalai itu).

Allah berfirman dalam Surah An-Naas ayat 4, 5 & 6.

Yang bermaksud: "Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, - "Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, - "(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia".

Allah berfirman dalam Surah Yunus ayat 60.

Yang bermaksud: Dan apakah sangkaan orang-orang yang mengada-adakan kata-kata dusta terhadap Allah, (tidakkah mereka akan diazabkan) hari kiamat kelak? Sebenarnya Allah jualah yang melimpahkan kurnia kepada manusia (meliputi rezeki pemberianNya dan hukum-hukum Syarak yang diturunkanNya), tetapi kebanyakan mereka tidak bersyukur.

Hadis Rasulullah s.a.w. Diriwayatkan daripada Huzaifah r.a katanya: Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Tidak masuk Syurga orang yang suka menabur fitnah

Hadis Rasulullah s.a.w. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah telah bersabda: Jauhilah tujuh perkara yang boleh membinasakan kamu iaitu menyebabkan kamu masuk Neraka atau dilaknati oleh Allah. Para Sahabat bertanya: Wahai Rasulullah! Apakah tujuh perkara itu? Rasulullah bersabda: Mensyirikkan Allah iaitu menyekutukanNya, melakukan perbuatan sihir, membunuh manusia yang diharamkan oleh Allah melainkan dengan hak, memakan harta anak yatim, memakan harta riba, lari dari medan pertempuran dan memfitnah perempuan-perempuan yang baik iaitu yang boleh dikahwini serta menjaga maruah dirinya, juga perempuan yang tidak memikirkan untuk melakukan perbuatan jahat serta perempuan yang beriman dengan Allah dan RasulNya dengan fitnah melakukan perbuatan zina

Allah berfirman dalam surah Al-Mulk ayat 29.
Yang bermaksud: Tegaskan (wahai Muhammad, kepada mereka): "Allah Dia lah Yang Maha Pemurah, yang kami beriman kepadaNya, dan yang kepadaNya kami berserah diri; oleh itu kamu akan mengetahui kelak siapakah yang berada dalam kesesatan yang nyata".

Allah berfirman dalam surah Al-Jaathiyah ayat 21.

Yang bermaksud: Patutkah orang-orang yang melakukan kejahatan menyangka bahawa Kami akan menjadikan mereka seperti orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dengan menyamakan keadaan (mereka semua) semasa mereka hidup dan semasa mereka mati? Buruk sungguh apa yang mereka hukumkan itu.

* Jangan kamu saling hasat dengki, jangan tipu-menipu dan jangan kamu benci diantara kamu. Hendaklah diantara kamu bersaudara. Janganlah kamu belakang-membelakangi, janganlah kamu jual diatas penjualan saudara kamu, hendaklah kamu berada diantara kamu bersaudara, tidak boleh menganayai saudara kamu.

Hadis Rasulullah s.a.w. Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Janganlah kamu saling benci membenci, dengki mendengki dan sindir menyindir. Jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. Haram seseorang muslim berkelahi dengan saudaranya lebih dari tiga hari lamanya

Hadis Rasulullah s.a.w. Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Tidak boleh berhasad dengki kecuali pada dua perkara iaitu terhadap seseorang yang dianugerahkan al-Quran dan dia membacanya sepanjang siang dan malam. Juga terhadap seseorang yang dikurniakan oleh Allah harta kekayaan lalu dia membelanjakannya dengan baik pada waktu malam dan juga pada waktu siang

Hadis Rasulullah s.a.w. Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a katanya: Marwan berkata kepada penjaga pintunya: Wahai Rafi'! Pergilah kepada Ibnu Abbas dan katakanlah: Sekiranya setiap orang di antara kita disiksa kerana bergembira terhadap apa yang diperolehi dan suka dipuji terhadap apa yang tidak dilakukan, nescaya kita semua turut akan disiksa. Ibnu Abbas berkata: Kenapakah kamu ni? Ayat ini diturunkan kepada Ahli Kitab. Kemudian Ibnu Abbas membaca ayat yang bermaksud: Dan ingatlah ketika Allah mengambil perjanjian setia daripada orang-orang yang telah diberikan kitab iaitu: Demi sesungguhnya hendaklah kamu menerangkan isi kitab itu kepada umat manusia dan jangan sekali-kali kamu menyembunyikannya, ini satu ayat. Kemudian Ibnu Abbas membaca ayat Yang bermaksud: Jangan sekali-kali engkau menyangka wahai Muhammad bahawa orang-orang yang bergembira dengan apa yang mereka lakukan itu dan mereka pula suka dipuji dengan apa yang mereka tidak lakukan, terselamat dari siksa. Seterusnya Ibnu Abbas berkata: Nabi s.a.w bertanya kepada mereka, tetapi mereka menyembunyikannya malah memberikan jawapan lain. Kemudian mereka keluar dengan perasaan telah memberitahu apa yang ditanyakan kepada mereka. Mereka berharap mendapat pujian terhadap jawapan tersebut serta bergembira dengan tipu helah mereka

Hadis Rasulullah s.a.w. Diriwayatkan daripada Huzaifah r.a katanya: Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Tidak masuk Syurga orang yang suka menabur fitnah

Hadis Rasulullah s.a.w. Ma'qil bin Yasar r.a: Diriwayatkan daripada Hasan r.a katanya: Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang ditaklifkan oleh Allah untuk memimpin rakyatnya lalu mati dalam keadaan menipu rakyat, nescaya Allah mengharamkan ke atasnya Syurga Hadis Ma'qil bin Yasar r.a: Diriwayatkan daripada Hasan r.a katanya: Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang ditaklifkan oleh Allah untuk memimpin rakyatnya lalu mati dalam keadaan menipu rakyat, nescaya Allah mengharamkan ke atasnya Syurga.
* Berilah pertolongan kepada orang yang memukul dan yang dipukul, orang yang zalim dan yang kena zalim.
* Dan tidak halal diantara muslim dan muslimin tidak tegur selama tiga malam. Dan orang yang pertama memberi salam adalah yang mulia disisi Allah.
( Pegang tangannya dan beri nasihat dan beri amaran, jangan berlaku zalim dan jangan biarkan ia di zalami dan jangan pandang hina pada orang lain. Taqwa duduk disini (tunjuk dihati tiga kali), setiap muslim dan muslimin darahnya haram, jangan ambil hartanya dan lain-lain).

BERPEGANG TEGUHLAH PADA AJARAN ISLAM YANG SEDANG ENGKAU AMALKAN, DAN JANGANLAH ENGKAU MENURUT KEMAHUAN ORANG-ORANG YANG MENDUSTAKAN AGAMA ALLAH.






































No comments:

Post a Comment

Popular Posts

HAIRULIQWAN

Copyright © 2012 Ketawa Sedih Bergembira Bersama | IqwanLegion | Designed by Hairul Iqwan