Powered by Blogger.

Receive all updates via Facebook about Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By IqwanLegion

-OPEN-

Wednesday, November 28, 2012

Jeritan dan Tangisan Anak2 Palestin..



"Satu dari sepuluh anak Palestin mengalami terbantut pertumbuhan kerana masalah kasihatan dan kekurangan gizi.
Sejak tahun 2000, sekitar 883 kanak-kanak Palestin terbunuh di wilayah pendudukan. Sebahagian besarnya terbunuh akibat ditembak dan dibunuh oleh tentera Israel, dan sebahagian kecilnya ditembak oleh orang Yahudi penghuni permukiman haram Israel. Sekitar data 2008 mencapai sehinga 6000 kanak-kanak palestin ditahan."



Kisah Benar:
Mohammed, Dikebumikan Dua Kali.
            Saat itu dua hari menjelang berkhirnya cuti musim panas. Seharusnya, dua hari lagi, Mohammed Al-Zakh, 14 Tahunm kembali ke sekolah. Mohammed menjual permen, air, dan biskut di gerai kecil dekat rumahnya, kawasan Shajaiya, Sebelah Timur Gaza City, untuk mengumpulkan wang sepanjang cuti sekolahnya. Hari itu, dia juga berjualan dan siangnya sekitar jam sebeles dia pergi menemui ibunya yang sedang memasak lalu pergi masjid untuk solat Zohur. Sekembalinya dari masjid, dia menemui ibunya lagi dan berkata, “Rupanya Ibu masih membakar roti ya? Setelah itu dia menyusuri merpati peliharaannya dengan memberi makan petang, sebelum akhirnya pergi keluar rumah dan tak pernah kembali lagi.
            Beberapa saksi mengatakan, Mohammed berjalan ke arah Mansura Street, jalan utama di kawasan itu di mana kereta-kereta kebal Israel berada. Saat itu Israel sedang menjalankan operasi militer yagngdiberi nama “Locked Kindergarden” (Taman kanak-kanak terkunci). Ada yang mengatakan Mohammed kesana untuk melihat bapa saudaranya yang tinggal di kawasan yang sedang dizalimi Israel itu, ada pula yang  memberitahu bahawa Mohammed ingin melihat kereta-kereta kebal Israe.
            Ayah Mohammed, Abdullah, tiba-tiba didatangi saudaranya, yang mengatakan ada seorang anak terluka di Mansurat Street. Abdullah segera berlari ke Shifa Hospital. “Sya memeriksa ke semua tempat, tapi saya tidak menemupakannya. Saya fikir, mungin dia di ruang operasi, ternyata tidak. Saya sudah punya firasat bahawa Mohammed sudah syahid.”
            “Saya fikir, mungkin dia dipindahkan ke hospital lain dan saya meminta kerabat saya untung melihat ke hospital Al-Quds. Mereka tidak menemukannya disana. Perasaan bahwa dia sudah syahid semakin kuat. Kalau dia tidak di rumah sakit, dia pasti berada di tempat dia terbunuh. Keadaan sangat sulit untuk pergi ke sana dan membawanya keluar. Kami tahu bila ada yang terluka di sana, tidak akan ada yang boleh mendekati untuk mengambilnya, bahkan tim SAR sekalipun. Ada banyak peristiwa di mana orang-orang yang mencoba mendekati (lokasi tentera Israel) untuk menolong tetapi ditembak,”
            “Lalu saya fikir, dia mungkin ada di ruang bilik jenazah di hospital. Sya meminta sepupu saya untuk menyemak. Mereka mengatakan, ada beberapa syahid di sana, tapi Mohammed tidak ada… Saya membuat keputusan untuk pergi melihat sendiri. Lalu saya melihat sepotong tubuh, yang belum diketahui indentitinya. Saya mengenalinya dari tali pinggangnya. Itu seluar yang saya belikan untuknya. Dan juga kasutnya. Saya melihat stokinnya dan saya tahu, Itu Mohammed. Tapi bagian atas tubuhnya hilang,”
             Menjadi naluri seorang ayah apabila kematian anaknya, begitulah keadaan bagian atas Mohammed yang dijumpai oleh ayahnya dan dikebumikan untuk kedua kalinya. Pengebumian pertama hanya dari pinggang hingga kaki.
             Mohammed terbunuh akibat dua  granat (bahan peledak) yang ditembak oleh kereta kebal Israel ke arahnya. Dengan sedih Abdullah berkata, “Kejadia seperti ini terjadi setiap hari. Apakah anak lelaki saya seperti Mohammed boleh membahayakan bagi mereka? Bahkan kalu dia berbahaya, mereka boleh melakukannya tak perlu sampai membunuhnya. Mereka boleh melemparkan gas pemedih mata kepadanya…”
            Separuh tubuh Mohammed dikebumikan hari itu juga. Hari itu hari selasa, Esoknya, ketika tentera Israel telah keluar dari kawasan itu, keluarga Al-Zakh ke ladang tempat serangan itu dan menemukan separuh bahagian atas tubuh Mohammed. Jasadnya terkapai di samping bahagian tubuh Yusri Abu Jabber, fotogarafer perang dari jaraingan berita Al-Quds. Hari Rabu, Mohammad dimakamkan, untuk kedua kalinya.

Anak Palestin dan Statistik :
            Menurut data dari UNICEFF, kondisi telah semakin buruk bagi anak-anak Palestin. Satu dari sepuluh anak Palestin mengalami terbantut pertumbuhan kerana masalah kasihatan dan kekurangan gizi; 50% kanak-kanak Palestin menderita anemia dan 75% kanak-kanak di bawah usia 5tahun menderita kekurangan vitamin A. Meningkatnya kemiskinan dan pengangguran mempengaruhi tingkat kedatangan dalam sekolah. Tahun pengajaran 2005-2006, jumlah pelajar yang keluarganya tidak mampu membayar wang sekolah meningkat dua kali ganda, dari 29,000 menjadi 56,000 kanak-kanak.
            Lebih dari 67% keluarga di Tepi Barat hidup dalam kemiskinan. Tingkat kemiskinan di Gaza telah melonjak kepada 85% tahun 2008 dan hal ini sangat mempengaruhi semua aspek kehidupan anak-anak. Jumlah anak Palestin yang harus meninggalkan sekolah dan bekerja untuk membantu keluarga semakin meningkat. Anak Palestin di bawah usia 14 tahun dapat melewati pos-pos pemeriksaan Israel tanpa izin dan menimalnya seribu anak Palestin kini memasuki wilayah Israel setiap hari, untuk bekerja mengumpulkan rongsokan besi dan kaca.
            Sejak tahun 2000, sekitar 883 kanak-kanak Palestin terbunuh di wilayah pendudukan. Sebahagian besarnya terbunuh akibat ditembak dan dibunuh oleh tentera Israel, dan sebahagian kecilnya ditembak oleh orang Yahudi penghuni permukiman haram Israel. Sebagian besarnya tewas akibat perluru yang ditembakkan di kepala atau di dada. Sementara itu, lebih 20,000 kanak-kanak lainnya menderita luka akibat kekerasan tentera Israel, hampir 1500 anak di antaranya menderita cacat seumur hidup.
            Hukum International menyatakan bahwa pemenjaraan kanak-kanak hanya boleh dilakukan sebagai langkah terakhir. Namun tentera Israel secara rutim menjarakan anak-anak Palestin, sekitar data 2008 mencapai sehinga 6000 kanak-kanak palest ditahan. Selain itu juga,  sejak Israel memasuki Palestin, Israel telah menahan lebih 700,000 orang Palestin dan hampir 100ribu lagi yang masih tidak dilepaskan. Angka ini menunjukkan bahawa lebih dari 24% dari populasi Pelestin di kawasan itu pernah dipenjarakan. Fenomena ini menjadikan Pelestin sebagai populasi yang terbanyak pernah dipenjara di dunia.

Antara Perjuangan dan Pengorbanan Kanak-kanak Palestin yang Tidak Sanggup Melihat Tanahnya dizalimi:
Maklumat didapati dari :
Beberapa buku dikarang oleh Pro Palestin dan
Artikle-artikle terpilih.





No comments:

Post a Comment

Popular Posts

HAIRULIQWAN

Copyright © 2012 Ketawa Sedih Bergembira Bersama | IqwanLegion | Designed by Hairul Iqwan