Powered by Blogger.

Receive all updates via Facebook about Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By IqwanLegion

-OPEN-

Monday, November 19, 2012

Terbaru Di Gaza: 91 Syahid, 900 Cedera




19 November 2012 – Kekejaman Israil ke atas Semenanjung Gaza berterusan memasuki hari ke-6, jumlah kesyahidan meningkat kepada 91 sementara lebih 900 yang lain cedera termasuk wanita dan kanak-kanak.



Jet tempur Israil Air Force F16 dilancarkan pada waktu subuh, memulakan siri serangan udara baru di kawasan berhampiran sempadan Mesir di selatan Semenanjung Gaza.
Saksi-saksi di Rafah mengatakan asap akibat ledakan pengeboman yang memusnahkan beberapa bangunan lama di kawasan tersebut menyelaputi langit Gaza.





Pegawai kanan di Rafah berkata tiada kerosakan dilaporkan di bahagian Mesir.
Pesawat udara Israil dan drone terbang pada altitude rendah dan terus mengebum pelbagai tempat di kawasan tersebut.
Serangan udara terbaru mengenai perkampungan al-Qarara di utara Khan Younes, membunuh dua penduduk Palestin dan mencederakan seorang.
Sumber media melaporkan pesawat udara Israil mensasarkan sekumpulan peladang di kampung tersebut, dua terbunuh dan seorang cedera.
Di Deir al-Balah, tiga anggota keluarga Palestin (Tameer, Amin dan Salah Bashir) terbunuh dalam serangan udara Israil yang mensasarkan kereta mereka di bandar.
Pagi ini, beberapa serangan udara turut mengenai taman permainan yang memusnahkan sebahagian daripadanya buat kali kedua sejak keganasan Israil dimulakan.
Awal hari ini tiga peluru berpandu Israil mengenai Kompleks As-Saraiya, membunuh seorang kanak-kanak, Ramaa al-Shandi dan mencederakan dua yang lain (seorang lelaki dan seorang wanita). Krew perubatan dan penyelamat memindahkan mereka ke Hospital al-Shifa.
Abdul Rahman al-Attar, 50 terbunuh dalam serangan udara yang mensasarkan utara Semenanjung Gaza dan jenazahnya dibawa ke Hospital kamal Udwan di Beit Lahiya.
Saksi-saksi dan sumber perubatan mengatakan bahawa pesawat F16 Israil melancarkan tiga roket ke atas kediaman keluarga Azzam di kejiranan al-Zaytoun di timur Gaza.
Sumber perubatan mengesahkan empat warga Palestin: Nasma Helmi Abu Zour, 19, Mohammad Iyad Abu Zour, 5, Sahar Abu Zour dan Ahed Hamdi al-Qatati telah terbunuh manakala lebih daripada 30 yang lain cedera dan dipindahkan ke Hospital al-Shifa.
F16 turut mengebom pelbagai kawasan di Semenanjung Gaza termasuk Rafah, Beit Hanoun dan Bandar Gaza dengan mensasarkan rumah, balai polis dan memusnahkan banyak terowong di bawah bandar Rafah.




2 comments:

  1. Berilah kemenangan kepada Islam dan Muslimin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mudah-mudahan... ^_^
      Allah sentiasa membantu ummat nye yang sentiase berdoa padanya.. ^_^
      jangan berhenti berdoa.. .^_^

      Delete

Popular Posts

HAIRULIQWAN

Copyright © 2012 Ketawa Sedih Bergembira Bersama | IqwanLegion | Designed by Hairul Iqwan