Powered by Blogger.

Receive all updates via Facebook about Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By IqwanLegion

-OPEN-

Friday, September 28, 2012

Hijab Kaum Wanita



Hijab Kaum Wanita: Satu Pengertian Yang Lebih Luas

© Muhammad Hairul Iqwan

Pengertian Hijab
Perkataan hijab berasal dari bahasa Arab. Pengertian asalnya ialah tabir atau sesuatu
yang menjadi pengantara antara dua benda.
Dalam Fiqh Islam, hijab dalam pengertian yang khusus adalah satu istilah yang
bermaksud sesuatu yang menutup aurat wanita dari pandangan lelaki


.
Pengertian khusus ini sudah semakin difahami oleh masyarakat Islam hari ini kerana
peningkatan kefahaman terhadap Islam. Ini boleh dilihat dengan bertambah jumlah
wanita Islam yang memakai hijab di luar rumah mereka. Walau bagaimana pun, ramai
yang tidak sedar bahawa hijab juga mempunyai pengertian yang lebih luas dari hanya
mengenakan pakaian yang menutup aurat bagi kaum wanita. Disebabkan itu, kita juga
mendapati ada di kalangan wanita yang memakai hijab tetapi melakukan tindakan yang
bercanggah dengan konsep hijab yang luas dalam Islam.
Pengertian Yang Luas

Hijab dalam pengertian yang lebih luas ialah batas-batas yang ditetapkan oleh Islam
dalam perhubungan lelaki dan wanita yang bukan suami isteri. Jika kita teliti lebih
mendalam, kita akan mendapati bahawa Islam telah meletakkan batas-batas berikut bagi
menjaga kesejahteraan hubungan wanita dan lelaki di luar ikatan pernikahan;
                                 
                                                                                                                     
1. Menutup aurat.
Islam mewjibkan wanita menutup aurat berdasarkan dalil-dalil berikut;
Firman Allah taala yang bermaksud
“Wahai Nabi! Suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuanperempuan yang beriman supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh
tubuhnya (semasa mereka keluar) cara yang demikian itu lebih sesuai untuk  mereka
dikenali (sebagai perempuan baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan
(ingatlah) Allah adalah maha Pengampun dan Maha Mengasihani”(Al-Ahzab : 59)
“....dan janganlah mereka (perempuan beriman) memperlihatkan perhiasan tubuh
mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher
bajunya dengan tudung kepala mereka.....”(An-Nur : 31)
Majoriti ulama’ berpendapat bahawa aurat wanita di hadapan lelaki lelaki-lelaki yang
dibenarkan

2
 ialah seluruh tubuhnya kecuali muka dan telapak tangan. Ini berdasarkan
hadith berikut yang menghuraikan pengertian ayat di atas;
                                             

1 “Wahai Asma’! Bila seorang gadis telah akil baligh, tidaklah wajar anggota tubuhnya
dilihat orang (lelaki) melainkan ini dan ini (sambil baginda menunjukkan pada muka
dan telapak tangannya)”(Riwayat Abu Dawud)
3
Mazhab Maliki dan Syafi’i memasukkan telapak kaki ke dalam aurat manakala mazhab
Hanafi tidak memasukkannya
4
.
Perhatian!! Walau pun wanita tidak diwajibkan menutup seluruh tubuhnya di hadapan
lelaki yang dinyatakan dalam surah An-Nur : 31 (lihat notakaki 2), ini tidak bermakna
tiada kewajiban hijab antara wanita dengan mereka. Kaum wanita tetap wajib berhijab
dengan menutup bahagian tubuh yang di antara pusat dan lutut.

Dalam menutup aurat atau berpakaian, seorang wanita haruslah memastikan berikut;

a) Seluruh anggota tubuhnya terlindung kecuali apa yang dibenarkan.
b) Pakaiannya tidak menampakkan susuk tubuh kerana sempit, ketat atau jarang.
c) Tiada perhiasan, rekabentuk dan warna yang melampau yang menarik perhatian
lelaki.
d) Bukan untuk menunjuk-nunjuk.
e) Tidak boleh menyerupai wanita bukan Islam atau mereka yang rendah akhlaqnya.
f) Tidak boleh menyerupai lelaki

2. Memakai wangi-wangian.
Memakai wangi-wangian adalah sebahagian dari hijab dalam Islam kerana seorang
wanita hendaklah tidak memakainya sehingga dihidu oleh lelaki-lelaki selain suami dan
mahramnya. Ini berdasarkan hadits Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud
“Jika salah seorang dari kamu mendatangi masjid maka janganlah memakai wangiwangian” (Riwayat Muslim)

“Mana-mana wanita yang memakai wangi-wangian dan  lalu di majlis lelaki sehingga
terhidu baunya maka sesungguhnya ia adalah penzina”(Riwayat At-Turmuzi)
Sekiranya memakai wangi-wangian untuk beribadah di masjid dilarang maka untuk
tujuan lain tentunya lebih terlarang.
Wangian di sini tidak semestinya dalam bentuk minyak wangi (perfume) tetapi ia
meliputi apa jua yang boleh mewujudkan bau harum pada tubuh wanita seperti sabun,
sampu dan bedak yang harum.
                                                                                                                                             

 Lelaki yang dibenarkan di sini bermaksud suami, bapa, bapa mertua, anak-anak lelaki, anak-anak tiri
lelaki, adik beradik lelaki, anak-anak saudara lelaki,  hamba-hamba lelaki, kanak-kanak yang belum
mengerti tentang aurat wanita. Ini berdasarkan dalil dalam surah An-Nur : 31.


Al-Mughni, jld 1, ms 601.

2 Islam tidak melarang sama sekali wanita dari mengenakan wangi-wangian. Ia dibenarkan
untuk tujuan melayan suami, bersama mahram yang lebih terjamin dari fitnah atau
sekadar untuk menghilangkan bau badan sahaja.
Perkara ini tidak disedari oleh ramai kaum wanita sehingga seringkali kita akan berjumpa
wanita yang mengenakan hijab dari segi pakaian tetapi terhidu dari tubuhnya wangian
yang semerbak dan menarik perhatian lelaki sama seperti sekiranya ia tidak berhijab
pakaian.

3. Tetap dirumah.
Sebahagian dari tuntutan hijab bagi wanita ialah untuk tetap dirumah. Ini berdasarkan
pada firman Allah taala yang bermaksud
“...dan tetaplah di rumah-rumah kamu (isteri-isteri nabi)...”(Al-Ahzab : 33)
Ayat ini adalah perintah ke atas isteri-isteri Rasulullah s.a.w. Ulama’ telah berselisih
samada ia juga merupakan perintah umum ke atas semua wanita. Di sisi pandangan yang
ringan dari kalangan ulama, ia bukan perintah wajib ke atas semua wanita tetapi
menunjukkan kebaikan bagi kaum wanita untuk lebih sering tetap di rumah.
Islam membenarkan wanita untuk keluar rumah jika mempunyai keperluan samada
keperluan peribadi seperti ke pasar atau keperluan umum seperti berdakwah, mengajar
atau melakukan kerja-kerja kemasyarakatan atas batas yang dibenarkan.
Professor Arnold J. Toynbee berkata


“Daripada fakta sejarah, jangka masa kemunduran terjadi apabila wanita wanitawanita keluar meninggalkan rumah

Pengabaian wanita terhadap tugas rumahtangga telah menjadi faktor yang menyebabkan
kejatuhan sesebuah bangsa daripada dua sudut. Pertama, ia menyebabkan sebahagian
besar masyarakat terbiar daripada kehidupan yang sempurna dan banyak masalah tidak
dapat diuruskan tanpa pelibatan orang yang pakar dalam hal itu. Kedua, ia mengubah
corak perhubungan antara suami dan isteri dalam usaha mengejar kemajuan di luar
rumah. Sejarah telah membuktikan bahawa orang yang mengikut jalan ini tidak akan
berjaya

.
4. Tutur kata dan Suara.
Termasuk dalam hijab bagi wanita ialah menjaga gaya tutur kata dan pertuturannya. Ia
hendaklah tidak dalam gaya atau mempunyai unsur yang boleh menarik perhatian lelaki
samada secara sengaja melakukan sedemikian atau secara tidak sengaja seperti gaya
pertuturan yang manja atau dimanja-manja atau penggunaan perkataan yang
memberahikan. Ini berdasarkan firman Allah taala yang bermaksud
     
                                     
5
 Lihat Ensiklopedia Sirah, terbitan Dewan Bahasa & Pustaka, 1993, jld 5, ms 717. Lihat juga World
Review, Mac, 1949.
6
 Lihat Ensiklopedia Sirah, terbitan Dewan Bahasa & Pustaka, 1993, jld 5, ms 60.


3 “Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan
lelaki asing) kerana yang demikian itu boleh menimbulkan keinginan orang yang ada
penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk terhadap kamu) dan berkatalah dengan
kata-kata yang baik (sesuai dan sopan).”(Al-Ahzab : 32)

Sebahagian ulama menjadikan ayat ini sebagai dalil bahawa suara wanita adalah aurat
juga. Walau bagaimana pun semua bersetuju, walau pun di sisi mereka yang berpendapat
bahawa suara bukan aurat bagi wanita, bahawa wanita tidak boleh bertutur dengan gaya
yang boleh menimbulkan tarikan lelaki terhadapnya.

5. Gaya jalan.
Termasuk dalam hijab ialah gaya jalan seorang wanita. Ini berdasarkan pada firman
Allah taala yang bermaksud
“...dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang apa yang
tersembunyi dari perhiasan mereka ....”(An-Nur : 31)

Ayat ini mengharamkan wanita memakai pergelangan kaki yang berloceng sehingga
apabila ia berjalan loceng itu berbunyi dan menarik perhatian seorang lelaki kerana ayat
ini diturunkan merujuk kepada perbuatan wanita jahiliah yang sedemikian. Berdasarkan
ayat ini juga, wanita dilarang memakai pergelangan tangan yang mengeluarkan bunyi
loceng yang menarik perhatian dan larangan wanita dari melenggok-lenggok tubuh
badannya sehingga menarik perhatian lelaki.
Kerana kurang kefahaman, amalan memakai alat perhiasan berloceng ini di dapati juga di
kalangan wanita yang memakai hijab pakaian.

6. Tidak boleh berkhalwat.
Berkhalwat bermaksud berdua-duaan di tempat yang terasing dengan lelaki yang bukan
mahram. Larangan ini wujud dalam hadith Rasulullah s.a.w yang bermaksud
“Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat maka janganlah berkhalwat
dengan seorang wanita tanpa bersamanya mahram kerana yang ketiga dari mereka
adalah syaitan”(Riwayat Ahmad)

7. Berjabat tangan dan bersentuh kulit.
Termasuk dalam hijab wanita ialah menjaga aspek ini kerana hadith-hadith berikut yang

bermaksud;
“Andaikata kepala salah seorang dari kamu dicucuk dengan jarum besi, maka itu lebih
baik baginya dari menyentuh wanita yang tidak halal baginya”(Riwayat At-Tabrani &
Al-Baihaqi)

Ini adalah pandangan yang lebih kuat yang menjadi pegangan majoriti ulama’ kecuali
mazhab Maliki.

4 Ini juga aspek hijab yang masih diabaikan oleh kebanyakan wanita.

8. Tunduk pandangan.
Bagi memenuhi tuntutan hijab, Islam juga memerintahkan wanita menundukkan
pandangannya dari melihat lelaki. Ini berdasarkan firman Allah taala yang bermaksud
“Dan katakanlah kepada wanita-wanita mukminah agar mereka menundukkan
pandangan mereka”(An-Nur : 31)

Menunduk pandangan bukan hanya perintah ke atas orang lelaki dari melihat wanita.
Walau pun seorang lelaki berpakaian menutup aurat namun ia tidak bermakna boleh
seorang wanita melihatnya tanpa tujuan yang dibenarkan begitu juga lelaki.

9. Bersolek dan menghias diri.
Hijab juga meliputi aspek bersolek dan menghias diri. Ini berdasarkan firman Allah taala
yang bermaksud
“...dan janganlah kamu mendedahkan diri (bersolek) seperti cara orang Jahiliah zaman
dahulu....”(Al-Ahzab : 33)
Bersolek ini meliputi solekan pada pakaian dan tubuh. Islam membenarkan solekan dan
hiasan bagi wanita di hadapan mahram atau untuk melayan suami.
Di sini juga kita dapati setengah-setengah wanita yang berhijab pakaian tetapi tubuhnya,
terutama wajah, dihiasi dengan pelbagai solekan yang menarik perhatian lelaki.
Demikianlah luasnya tuntutan hijab ke atas wanita yang melampaui aspek pakaian dan
tudung semata-mata. Seharusnyalah wanita-wanita Islam memahaminya dan berusaha
untuk melaksanakannya. Batas-batas ini bukanlah satu kongkongan tetapi ia
mengandungi hikmah dan kebaikan yang ditetapkan oleh Allah taala Yang Maha
Bijaksana

Di Sebalik Batas-batas
Hikmah disebalik pensyariatan batas-batas hijab yang dinyatakan di atas ialah

a) Memelihara kehormatan wanita dari pencerobohan.
b) Memelihara wanita dari segala bentuk eksploitasi.
c) Membolehkan wanita dinilai dari sudut intelek, ilmu, kemahiran dan keperibadian
bukan dari sudut kecantikan dan tubuh badan.
d) Memelihara lelaki dari terjerumus dalam dorongan nafsunya.
e) Memelihara manusia dari terjebak dalam maksiat seperti tingkah laku lucah,
pornografi, rogol, cabul, perzinaan dan seks bebas.
Zina adalah maksiat yang besar yang dicegah oleh Islam. Allah taala berfirman yang
bermaksud

5 “Dan janganlah kamu mendekati zina. Sesungguhnya ia adalah satu kejahatan dan
seburuk-buruk jalan.”(Al-Isra’ : 32)

Keburukan zina diakui oleh semua bangsa dan agama. Maka sebab itulah, Islam
memberatkan hukuman bagi penzina dan mengetatkan batas-batas hijab bagi menutup
pintu zina.

Matlamat tertinggi dari segala batas-batas ini ialah mewujudkan satu kehidupan sosial
yang stabil dan sejahtera. Kehidupan yang membezakan antara manusia dan haiwan.
Dengan mengamalkan hijab seperti yang dianjurkan, tidak menjamin kesejahteraan
masyarakat 100% dari maksiat yang hendak dicegahnya. Ini adalah satu perkara yang
mustahil. Hatta di zaman Rasulullah s.a.w sendiri zina dan maksiat lain tetap berlaku.
Apa yang Islam hendak pastikan ialah meminimakan maksiat sehingga sehingga ia tidak
berleluasa seperti hari ini dan kewujudannya tidak mempengaruhi kesejahteraan sosial
masyarakat. Berbanding dnegan kehidupan hari ini, maksiat yang ada begitu berleluasa
sehingga anak kecil tidak terselamat dari terdedah kepadanya melalui media massa dan
kehidupan seharian.

Kesimpulan
Hijab seorang wanita ialah dengan menjaga penampilan zahirnya dari sudut pakaian dan
perhiasan serta tingkah laku dan gaya tubuh badan bagi mengelakkan tarikan lelaki
terhadapnya dan dorongan nafsunya terhadap lelaki. Ada di antara perkara ini yang telah
tetap, tidak berubah. Ada yang perlaksanaannya merujuk pada persekitaran dan adat dan
ada pula yang wujud khilaf ulama di dalamnya.
Dalam rangka seseorang mempunyai pilihan antara pelbagai pandangan ulama’, ia
mempunyai pilihan untuk memilih di antara pandangan-pandangan itu selama mana ia
memahami dalil dan hujah di sebaliknya.
Adalah penting untuk diingatkan, agar kita tidak memilih di antara pandanganpandangan ulama’ semata-mata kerana mencari kemudahan, meringan-ringan dalam
beramal, kerana malu atau segan, kerana ikut-ikutan atau apa jua sebab keduniaan.
Wanita hanya tidak berkewajiban untuk berhijab 100% hanya kepada seorang lelaki yang
merupakan suami kepadanya.


Kelebihan Orang Yang Memakai Purdah / Hijab
1. Allah swt tingkatkan nur wajah 13 x ganda dari wajah asli.
2. Di akhirat Allah swt akan tingkatkan kecantikannya 70 x ganda dari kecantikan bidadari La aiba. Seorang bidadari yang Allah swt ciptakan dengan tangan-Nya sendiri
3. Di surga ada pasar hari Jum`at, orang semua pergi menjumpai Allah swt, tetapi orang yang pakai purdah di dunia ditemui Allah swt lagsung ke kamar- kamarnya.

5 fardhu atas wanita :
1. Kekal dalam iman
2. Hijab ( kecuali bersama muhrim )
3. Jaga kehormatan / harta suami
4. Layani suami
5. Rendahkan suara
2 fardhu atas laki-laki :
1. Kekal dalam iman
2. Tutup aurat dari pusat ke lutut






No comments:

Post a Comment

Popular Posts

HAIRULIQWAN

Copyright © 2012 Ketawa Sedih Bergembira Bersama | IqwanLegion | Designed by Hairul Iqwan