Powered by Blogger.

Receive all updates via Facebook about Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By IqwanLegion

-OPEN-

Wednesday, September 19, 2012

Wahai sauadaraku ....

“ Aku Mengingatkan Kamu Bukan Tandanya Aku Sempurna Akan Tetapi Jika Nak Tunggu Semua Manusia Sempurna Nescaya Agama Islam Tak Akan Tersebar Selepas Kewafatan Rasulullah SAW. Selagi Urat Nadiku Masih Berdenyut , Akan Ku Kirimkan Beberapa Pesanan Agar Menjadi Peringatan Kepada Diriku & Dirimu . Jika Aku Terleka Tolong Peringatkan Aku . Jika Aku Tertidur, Tolong Gerakkan Aku, Jika Aku Terkasar , Tolong Lembutkan Aku & Jika Aku Tersilap Sila Teguri Aku Dengan Cara BERHIKMAH Kerana Aku Juga SEBAHAGIAN Daripada KAMU “



01 - Kita Hidup Di Dunia Hanya Sekali , Tak Mungkin Kita Akan Diberikan Peluang Untuk Kali Ke Dua, Peluang Ketiga , Peluang Keempat Atau Peluang Seterusnya. Oleh Itu Gunakanlah Dunia Dengan Sebaik Baiknya . Jadikanlah Dunia Ini Sebagai Tempat Untuk Kau Mendekatkan Diri Pada Tuhanmu, Bukannya Kau HANYA Mencari Tuhan Di Saat Kau TERSUNGKUR .

02 - Wahai Saudara Seislamku , Kita Terpecah Kerana Memilih Untuk Memecahkannya . Janganlah Kita Berpecah Sesama Kita. Kerana Matlamat Kita Tetap Sama Iaitu Untuk Beribadah Kepada yang Maha ESA .

03 – Wahai Saudaraku , Jagalah Solatmu . Jika Kita Tidak Menjaga Solat , Itu Bermakna Kita Telah Meruntuhkan Tiang Agama Kita . Kita Akan Marah Bila Musuh Islam Telah Membakar & Percubaan Musuh Islam Untuk Meruntuhkan Masjid al-AQSA Di PALESTIN , Tetapi Pernah Tidak Kita Terfikir ?? Kita Sendiri Sebenarnya Yang Lebih Banyak Meruntuhkan Tiang Agama Berbanding Musuh Islam

04 – Wahai Saudaraku , Bersangka Baiklah Kamu Pada Tuhanmu . Jika Kau Bersangka Baik Dengan Tuhanmu , Jiwamu Akan Tenang , Akan Tetapi Jika Kau Bersangka Buruk Pada Tuhanmu , Maka Basahkan Lidahmu Dengan Zikrullah Agar Kau Mendapat Maghfirah Daripada Tuhanmu.

05 – Wahai Saudaraku , Jadikan al-Quran Itu Sebagai Penunjuk Jalan Dalam Hidupmu. Janganlah Kau Menjadikan Kalam Tuhanku Sebagai Bahan Untuk Berhujah & Mempertahankan Dirimu. Kalam Tuhanku Bukannya Digunakan Untuk Berdusta Akan Tetapi Jadikan Kalam Tuhanku Sebagai Peringatan Dirimu Yang Terleka.

06 – Wahai Saudaraku , Mencari Guru Tak Semudah Menjadi Guru . Hakikat Pada Dunia Akhir Zaman , Nak Cari Guru Bukanlah Macam Nak Beli Pakaian . Nampak Cantik & Berkualiti Terus Beli . Jika Kau Ingin Mencari Pasangan Hidup Pun Kena Solat Istikharah , Maka Gunakanlah Istikharah Untuk Mencari Guru Yang Boleh Membimbingmu Untuk Mendapat Keredhaan Illahi , Bukannya Untuk Dirimu Menjauhi Tuhanmu.

07- Wahai Saudaraku , Tanpa Air Mata Manusia Akan Menjadi Buta .
Biarkan Air Matamu Menangis Kerana Mengenang Dosa Dosa Silammu. Sesungguhnya Air Matamu Itu Dapat Memadamkan Api Keegoan Dirimu . Dan Bersyukurlah Kerana Tuhan Masih Menyayangi Dirimu. Jagalah Tuhanmu Kerana Tuhanmu Amat Merindui Rintihan Suara Hamba Nya




No comments:

Post a Comment

Popular Posts

HAIRULIQWAN

Copyright © 2012 Ketawa Sedih Bergembira Bersama | IqwanLegion | Designed by Hairul Iqwan