Powered by Blogger.

Receive all updates via Facebook about Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By IqwanLegion

-OPEN-

Wednesday, September 19, 2012

Sentuhan Terakhir

Abah...

Aku Lahir Daripada Benihmu
Aku Bersyukur Kau Tak Pernah Membuangku
Walaupun Kau Tak Banyak Berbicara Denganku



Abah ....

Betapa Besarnya Pengorbananmu Walupun Dirimu Menafikannya
Bagaimana Aku Boleh Tahu ?? Kerana Isterimu Yang Menceritakannya
Biarpun Kau Tak Menunjukkan Kasih Sayang Mu Namun Aku Tetap Tahu
Berdasarkan Gerak Rasa Yang Dikurniakan Oleh Tuhanku Kepada Diriku

Abah ....

Andainya Aku Dapat Mengucup Dahimu Sepertimana Ku Mengucup Dahi Isterimu
Aku Merasakan Akulah Makhluk Tuhan Paling Bahagia Di Alam Fana' Ini
Aku Akan Tetap Menanti Waktu Yang Sesuai Untuk Mengucup Dahimu
Andainya Ku Tak Sempat Mengucup Dahimu , Cukuplah Jika Kau Mengucup Dahiku
Aku Cuba Mendekatimu, Namun Ku Takut & Aku Goyang Tatkala Menatap Biji Matamu

Abah ....

Halalkan Segala Makan Minumku Selama Ini
Hajatku Untuk Melihat Kau & Ibuku Ke Tanah Suci Masih Belum Kesampaian
Hati Aku Sedih Melihat Tatkala Umurmu Di Mamah Usia, Kau Gigih Mencari Rezeki
Handphone Mahal Aku Boleh Beli, Tetapi Nak Hulurkan Kepadamu Aku Berkira
Hanya Tuhan Sahaja Mengetahui Apa Perasaanku Yang Sebenar Melihat Dirimu


Oh Tuhan, Seandainya Ditakdirkan Hayatku Tinggal Beberapa Hari Lagi, Izinkan Diriku Mengucup Dahi ABAHKU Buat Kali Terakhir ....Sesungguhnya Kepadamu Ku Mohon Pertolongan Ya Allah

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

HAIRULIQWAN

Copyright © 2012 Ketawa Sedih Bergembira Bersama | IqwanLegion | Designed by Hairul Iqwan